Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Thursday 21 March 2013

Piala Axiata 2013 Bermula

Kejohanan badminton yang manawarkan hadiah termahal didunia sebanyak USD1 juta akan bermula pada hari ini 21 Mac 2013. Pasukan Malaysia akan di barisi oleh Liew Daren dan Chong Wei Feng sebagai perseorangan lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beregu lelaki, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying beregu campuran dan perseorangan wanita diwakili oleh Tee Jing Yi. Manakala Lim Yin Loo akan menjadi pemain simpanan bagi beregu campuran jika Liu Ying mengalami kecederaan yang sama.

Wednesday 20 March 2013

Velodrom Tertutup Pertama Di Malaysia : Bila?


Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memohon kepada kerajaan agar projek pembinaan velodrom tertutup pertama di Malaysia dapat di percepatkan. Ianya sudah lama di umumkan oleh kerajaan sejak tahun 2009 lagi. Namun projek pembinaan velodrom ini masih lagi di peringkat bawahan bagi mengenal pasti lokasi yang bersesuaian.

Monday 18 March 2013

10 000 langkah


Salam sejahtera semua. Post kali ni aku nak berkongsi sedikit tips-tips senaman mudah yang boleh kita amalkan. Bila sebut 10 000 langkah je, mesti sebahagian daripada rakyat Malaysia sudah pun mengetahuinya. So pada sesiapa yang tak tahu tu... rajin-rajinlah ambil tahu ye! Hihihi.... 


Heil Hitler!


Sedang merehatkan kepala sambil membelek-belek berita di Mail Online, terbaca artikel berkenaan pemain muda AEK Athens yang membuat tabik hormat gaya Nazi. Namun, pemain berkenaan  Giorgos Katidis menafikan tindakan belia. Belia hanya meraikan gol kemenangan belia sahaja tanpa ada niat membuat gaya nazi. Tindakan beliau boleh dikenakan tindakan persatuan bola sepak tempatan.

801, 802, 803 ???

Wahhhhh.... best betul malam semalam.. sampai tak tahu nak pilih siaran yang mana satu. 801 ke 802.... Terima kasih ku ucapkan pada Astro Arena sebab sudi membuatkan siaran langsung pada malam semalam. Walaupun kalah kedua-dua pasukan semalam, aku puas sebab ada yang sanggup sokong industri sukan di negara kita. Terbaik beb..

7 Kali Menang!!!


Australia merangkul kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah kali ke 7. Edisi kali ke 22 kejohanan ini adalah percubaan kali ke 4 bagi pasukan Malaysia. Malaysia tewas kepada pasukan no 2 dunia dengan keputusan 3-2.

Friday 15 March 2013

Pasukan Malaysia Harus Menang Menentang India


Pasukan hoki kebangsaan Malaysia hanya sekadar seri apabila menentang Pakistan malam semalam dengan keputusan 2-2. Dengan keputusan seri, ianya membuka ruang kepada pasukan lain untuk pergi ke pusingan akhir. Pasukan Malaysia terpaksa bekerja keras untuk memastikan kemenangan apabila bertemu India yang akan diadakan pada hari sabtu ini.

Thursday 14 March 2013

Australia Perlekeh Kemampuan Pasukan Kebangsaan

Pasukan hoki kebangsaan bersemangat untuk melayakkan diri ke peringkat akhir dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013. Namun begitu ketua jurulatih negara Paul Revington menegaskan bahawa anak buah beliau haruslah menumpukan pada 2 baki perlawanan. Dimana pasukan negara harus memenangi salah satu daripada 2 baki perlawanan sama ada pasukan Pakistan yang berlawana dengan pasukan kebangsaan pada hari ini ataupun pasukan India yang akan berlangsung hari sabtu 16 Mac nanti.

Hanya 1 Mata


Selangor gagal untuk meraih 3 mata penuh di laman sendiri. Walaupun berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke 8, pasukan The Red Giant itu gagal mengawal permainan apabila pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 20 hasil jaringan Aleksandar Duric.

Wednesday 13 March 2013

Barcelona Gah Di Laman Sendiri


Lionel Messi berjaya membantu pasukannya layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara Eropah dengan menyumbat 2 gol pada minit ke 5 dan 40. Jaringan cantik Messi dengan sepakan lencong yang menerjah ke gawang gol AC Milan pada minit ke 5 telah merapatkan agregat 1-2. Penguasan permainan di teruskan oleh pasukan tuan rumah.Akhirnya Lionel Messi sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 40 hasil hantaran Iniesta mengikat agregat 2-2.

Tuesday 12 March 2013

Faizal Penyelamat Malaysia


Anak buah Paul Revington sekali lagi menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila menghalang pasukan no 2 dunia Australia daripada memungut 3mata penuh. Jaringan Faizal hasil daripada pukulan sudut penalti 1minit sebelum habis masa perlawanan sudah cukup mengecewakan Australia.

No13 vs No2


Pada hari pertama Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013, pasukan Malaysia yang berada di ranking ke 13 dunia  membuat kejutan dengan mengalahkan pasukan Korea Selatan ranking ke 8 dengan keputusan 3-2.Ianya suatu permulaan baik bagi pasukan kebangsaan.Selepas itu, rentak permainan pasukan kebangsaan terus kelihatan memberangsangkan apabila berjaya mengalahkan pasukan New Zealand dengan keputusan 2-1.

AC Milan Sudah Bersedia



Massimo Ambrosini memberitahu bahawa pemain AC Milan harus berlawan sehabis baik menentang FC Barcelona pada Selasa (Rabu pagi waktu Malaysia) ini di Nou Camp jika  mahu layak ke peringkat seterusnya.

Mampukah Piya


Ramai rakyat Malasyia khususnya peminat bola sepak Kelantan FA yang menanti untuk menyaksikan ketua pasukan mereka Badhri Radzi menyarung jersi kebangsaan untuk turun menentang Arab Saudi dalam perlawanan persahabatn pada 17 Mac ini. Ianya adalah penampilan sulung untuk ketua pasukan Kelantan ini bagi membantu skuad kebangsaan dibawah bimbingan K.Rajagopal dalam mengharung pusingan kelayakan piala asia 2015.

Monday 11 March 2013

Kejohanan Badminton Jaguh Kampung


Berita mengenai usaha Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia menganjurkan Kejohanan Badminton Jaguh Kampung telah mendapat pujian daripada Juara All England 2003 Muhd Hafiz Hashim. Ianya di jalankan di peringkat akar umbi. Dimana peserta semua adalah peserta amatur yang tidak pernah mewakili peringkat negeri mahu pun kebangsaan.

Bagi aku, ini satu usaha yang bijak dan harus di puji. Ianya juga patut di contohi oleh badan-badan sukan negeri. Semua pihak seharusnya perlu memberi kerjasama bagi menyokong usaha baik ini. 

Untuk berita lanjut, sila klik di pautan di bawah.. http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caribakatbaru/Article/index_html

Chen Long juara All England 2013


Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, gagal meraih kejuaraan Yonex All England Open pada hari semalam. Datuk Lee Chong Wei gagal di tangan Chen Long pemain muda daripada negara China dengan keputusan 21-17, 21-18.

Adakah Datuk Lee Chong Wei mampu untuk memburu kejuaraanya di kejohanan ini pada tahun depan?Pada pendapat aku, ianya suatu misi yang sukar. BAM sehaurusnya memandang serius berkenaan kekurangan pemain-pemain muda negara kita. Malu beb, Thailand pun da maju. Apa pun, majulah sukan untuk negara. Salam~