Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Thursday 14 March 2013

Hanya 1 Mata


Selangor gagal untuk meraih 3 mata penuh di laman sendiri. Walaupun berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke 8, pasukan The Red Giant itu gagal mengawal permainan apabila pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 20 hasil jaringan Aleksandar Duric.

Separuh masa kedua bermula, pasukan tuan rumah sekali lagi mendapat gol awal melalui pemain senior mereka Amri Yahya pada minit ke 46. Selang 3 minit separuh masa kedua, pasukan pelawat pula berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Imran Sahib. Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 54 dan disempurnakan oleh penyerang mereka Forkey Doe. Barisan pertahanan Selangor sekali lagi   gagal mempertahankan gawang mereka apabila pemain pertahanan Tampine Rovers Yamashita Kunihiro berjaya menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke 71. Keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti menyatakan bahawa pemain yang diturunkan pada perlawanan ini bukanlah kesebelasan utama mereka. Dan pemain simpanan mereka juga masih belum cergas sepenuhnya. Namun Irfan Bakti tetap berpuas hati dengan keputusan perlawanan pada malam ini.

Jurulatih pasukan Tampines Rovers Nenad Bacina pula amat berpuas hati apabila pasukan berjaya mengikat pasukan tuan rumah apabila terpaksa mengejar jaringan sebanyak 3 kali. Dan ianya keputusan yang memberangsangkan kerana berjaya mengutip 1 mata di tempat lawan.

Apa yang menyedihkan sekali disini apabila, Stadium Shah Alam kelihatan hambar akibat kekurangan penyokong yang hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Berbeza dengan penyokong lepas yang hadir melibatkan pasukan tuan rumah bertemu Johor Darul Ta'zim. Ianya sudah pasti serba sedikit membantu pasukan tuan rumah apabila penyokong memenuhi stadium. Adakah mungkin disebabkan perlawanan di jalankan pada hari bekerja? Harap penyokong kita mampu menaikkan semangat pasukan pilihan kita apabila bermain di tempat sendiri.

Manakala sebuah lagi pasukan, Kelantan wakil dari Malaysia yang menyertai kejohanan Piala AFC berjaya mengutip 3 mata di tempat lawan apabila berjaya menang 3-1 ke atas pasukan Ayeyawady United wakil dari Myanmar di tempat lawan. Petratos berjaya menyumbat 2 gol dan kapten mereka Badhri Radzi menjaringkan 1 gol. Manakala pasukan tuan rumah hanya menjaringkan gol tunggal hasil jaringan Dominik Bersnjak. Kini Kelantan menduduki tempat ke 2 dengan kutipan 4 mata di bawah pasukan SHB Da Nang wakil dari Vietnam.

No comments:

Post a Comment