Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Tuesday 12 March 2013

No13 vs No2


Pada hari pertama Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013, pasukan Malaysia yang berada di ranking ke 13 dunia  membuat kejutan dengan mengalahkan pasukan Korea Selatan ranking ke 8 dengan keputusan 3-2.Ianya suatu permulaan baik bagi pasukan kebangsaan.Selepas itu, rentak permainan pasukan kebangsaan terus kelihatan memberangsangkan apabila berjaya mengalahkan pasukan New Zealand dengan keputusan 2-1.

Ini adalah permualaan yang baik bagi pengendali hoki kebangsaan Paul Revington apabila menduduki tangga ke dua berkongsi mata dengan pendahulu kejohanan Australia. Keputusan perlawanan ini sudah semestinya menggembirakan penyokong kebangsaan.

Adakah anak buah Paul Revington dapat meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu pasukan Australia yang mempunyai Ranking ke 2 dunia pada malam ini? Keputusan perlawanan sudah pasti akan menentukan pendahulu kejohanan. Harap pasukan kebangsaan dapat memberikan tentangan yang hebat pada malam ini.

No comments:

Post a Comment