Monday, 18 March 2013
7 Kali Menang!!!
Australia merangkul kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah kali ke 7. Edisi kali ke 22 kejohanan ini adalah percubaan kali ke 4 bagi pasukan Malaysia. Malaysia tewas kepada pasukan no 2 dunia dengan keputusan 3-2.
Pasukan Malaysia membuat jaringan terlebih dahulu pada awal separuh masa pertama jaringan Faizal Saari hasil sudut penalti pertama Malaysia. Pasukan Malaysia terus mengawal permainan dengan baik walaupun di asak beberapa kali oleh Australia. Pada minit ke 29, Nicholas Budgeon berjaya menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti yang pertama. Selang seminit gawang Malaysia bolos lagi hasil jaringan Craig Boyne menjadikan kedudukan 2-1.
Tengku Ahmad Tajuddin menyamakan kedudukan pada minit ke 49 apabila berjaya menampan masuk hasil hantaran dari Mohd Marhan Jalil . Apabila permainan kelihatan sudah hampir ke wisel penamat, Trent Mitton berjaya menghampakan pasukan Malaysia dengan menjaringkan gol kemenangan.
Berikut adalah keputusan kedudukan Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah Edisi ke 22 :-
Final
Malaysia 2 Australia 3
Ketiga Keempat:
New Zealand 1 Korea Selatan 2
Kelima Enam
India 4 Pakistan 2.
Pemain Terbaik Kejohanan: Mohd Razie Abdul Rahim (Malaysia)
Man of the Match perlawanan Final: Trent Mitton (Australia)
Penjaring Terbanyak: Faisal Saari & Rupinder Pal Singh
Penjaga Gol Terbaik: S. Kumar
Raja Ashman Fairplay: Korea
Label:
hoki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment