Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Tuesday 12 March 2013

Mampukah Piya


Ramai rakyat Malasyia khususnya peminat bola sepak Kelantan FA yang menanti untuk menyaksikan ketua pasukan mereka Badhri Radzi menyarung jersi kebangsaan untuk turun menentang Arab Saudi dalam perlawanan persahabatn pada 17 Mac ini. Ianya adalah penampilan sulung untuk ketua pasukan Kelantan ini bagi membantu skuad kebangsaan dibawah bimbingan K.Rajagopal dalam mengharung pusingan kelayakan piala asia 2015.

Persoalanya kini,mampukah Badhri Radzi atau Piya untuk menyesuaikan diri bersama dengan pasukan kebangsaan.Sedangkan beliau hanya mempunyai hari yang singkat untuk menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan.Ini kerana beliau terlibat dengan kejohanan AFC Cup besama Kelantan menentang pasukan Ayeyawady United di Yangon, Myanmar pada 13 Mac ini.

Sekiranya beliau tidak berhati-hati daripada kecederaan pada perlawanan rabu ini, sudah tentu beliau tidak dapat bersama pasukan kebangsaan untuk perlawanan persahabatan menentang Arab Saudi.Semoga kemasukan Piya kedalam pasukan kebangsaan dapat memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan.Dan beliau harus memberikan persembahan yang baik bagi memperkuatkan lagi kepercayaan K.Rajagopal ke atas kebolahannya.Apa pun, kita tunggu pada tarikh 17 Mac ini di Stadium Shah Alam.Mampukah Piya membuktikan kebolehan beliau bersama pasukan Harimau Malaya???
Tunggu............

No comments:

Post a Comment