Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Thursday 14 March 2013

Australia Perlekeh Kemampuan Pasukan Kebangsaan

Pasukan hoki kebangsaan bersemangat untuk melayakkan diri ke peringkat akhir dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013. Namun begitu ketua jurulatih negara Paul Revington menegaskan bahawa anak buah beliau haruslah menumpukan pada 2 baki perlawanan. Dimana pasukan negara harus memenangi salah satu daripada 2 baki perlawanan sama ada pasukan Pakistan yang berlawana dengan pasukan kebangsaan pada hari ini ataupun pasukan India yang akan berlangsung hari sabtu 16 Mac nanti.


Namun begitu ketua jurulatih pasukan Australia Ric Charlesworth memberi kenyataan yang agak sinis kepada pasukan kebangsaan "rakyat Malaysia menyambut seolah-olah mereka telah memenangi kejohanan itu. Dan mereka bercakap mengenai perlawanan akhir dimana pasukan Malaysia masih terdapat dua perlawanan lagi dan semuanya boleh berlaku."

Pada perlawanan malam ini, sudah tentu pasukan Pakistan akan bermain sebaik mungkin bagi menebus kekalahan yang memalukan di atas India tempoh hari. Pasukan kebangsaan dinasihatkan supaya memberi fokus kepada perlawanan menentang Pakistan. "Kami akan merancang permainan sewajarnya dan tidak akan terburu-buru melakukan sesuatu yang boleh membawa padah kepada harapan kami" tambah Revington.

Setakat ini pasukan Malaysia mencatatkan rekod tanpa kalah dengan 2 menang sekali kalah dengan berkongsi 7 mata bersama Australia.

No comments:

Post a Comment