Tuesday, 12 March 2013
AC Milan Sudah Bersedia
Massimo Ambrosini memberitahu bahawa pemain AC Milan harus berlawan sehabis baik menentang FC Barcelona pada Selasa (Rabu pagi waktu Malaysia) ini di Nou Camp jika mahu layak ke peringkat seterusnya.
Midfielder veteran itu menjelaskan, kemenangan 2-0 di San Siro tempoh hari belum cukup melayakkan pasukan AC Milan ke peringkat seterusnya. Ini kerana pasukan tuan rumah Barcelona sudah tentu akan memberikan persembahan menyerang bagi memastikan tuan rumah layak ke peringkat seterusnya.
"Kita perlu mengawal permainan ini," kata pemenang Liga Juara-juara Eropah 2003 dan 2007 itu. "Kami tidak boleh bimbang bermain di tempat lawan kerana ianya akan mendatangkan keburukan. Ini kerana Barcalona sudah pasti akan bermain seperti biasa.Perlawanan ini pasti sengit, semua pemain Barcalona pasti akan membuatkan penyudah, bukan Messi sahaja.Esok kita perlu mengalahkan Barcelona. "
Bagaimanapun, pertahanan Daniel Alves mengingatkan rakan-rakan beliau agar bermain mengikut tempoh seperti biasa. Ini jelas menunjukkan perlawanan diantara Barcelona menentang AC Milan suatu perlawanan yang sengit di mana pasukan Barcelona terpaksa bermain dengan corak serang dan bertahan, manakala pasukan AC Milan akan bermain corak bertahan dan serang balas.
Mampukah AC Milan membenam Barcelona di laman sendiri atau Barcelona yang berjaya melayakan ke peringkat seterusnya?
Label:
bola sepak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment