Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Wednesday 13 March 2013

Barcelona Gah Di Laman Sendiri


Lionel Messi berjaya membantu pasukannya layak ke pusingan suku akhir Liga Juara-juara Eropah dengan menyumbat 2 gol pada minit ke 5 dan 40. Jaringan cantik Messi dengan sepakan lencong yang menerjah ke gawang gol AC Milan pada minit ke 5 telah merapatkan agregat 1-2. Penguasan permainan di teruskan oleh pasukan tuan rumah.Akhirnya Lionel Messi sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 40 hasil hantaran Iniesta mengikat agregat 2-2.

Pada separuh masa kedua, Barcelona meneruskan corak serangan untuk meraih kemenangan. Hasilnya, Barcelona berjaya menambah jaringan selepas 10minit perlawanan pada separuh masa kedua. David Villa berjaya melepasi perangkap Offside pertahanan AC Milan dan menjaringkan gol ketiga untuk pasukannya. Pasukan pelawat gagal menjaringkan gol apabila pertahanan dan penjaga gol pasukan tuan rumah berjaya beraksi dengan cemerlang.

Apabila permainan kelihatan sudah sampai ke penghujung, Jordi Alba berjaya menambah jaringan sekaligus menambah derita pasukan pelawat.Keputusan akhir, Barcelona menang 4-0 di laman sendiri dengan agregat 4-2. Ianya sudah pasti keputusan yang sukar di terima oleh pasukan AC Milan.

No comments:

Post a Comment