Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Friday 15 March 2013

Pasukan Malaysia Harus Menang Menentang India


Pasukan hoki kebangsaan Malaysia hanya sekadar seri apabila menentang Pakistan malam semalam dengan keputusan 2-2. Dengan keputusan seri, ianya membuka ruang kepada pasukan lain untuk pergi ke pusingan akhir. Pasukan Malaysia terpaksa bekerja keras untuk memastikan kemenangan apabila bertemu India yang akan diadakan pada hari sabtu ini.
Pendahulu liga Australia juga hanya mampu mengutip 1 mata sahaja apabila diikat Korea Selatan 3-3. Sementara itu, pasukan New Zealand mengalahkan pasukan India dengan keputusan 2-0. India hanya mampu mengutip 3 mata dari 4 perlawanan dan menduduki tangga yang terakhir.

Agak kecewa sedikit apabila Malaysia yang berjaya mendahului jaringan gagal mempertahankan kelebihan itu apabila pasukan Pakistan berjaya menyamakan kedudukan 2 kali pada perlawnan semalam. Corak permainan serangan balas yang diterapkan pasukan Pakistan benar-benar memaksa pasukan kebangsaan bekerja keras untuk mempertahankan barisan pertahanan mereka.

Perlawnan Malaysia menentang India sabtu nanti serba sedikit akan mendatangkan tekanan apabila pasukan kebangsaan akan bermain pada perlawanan yang terakhir selepas perlawanan pertama Korea Selatan menentang Pakistan yang berlangsung pada jam 4 petang dan perlawanan kedua Australia menentang New Zealand pada jam 6 petang.Sekiranya pasukan New Zealand berjaya mengutip 3 mata, ianya memaksa pasukan kebangsaan untuk meraih 3 mata menentang India untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Round-Robin

Harap pasukan anak buah Paul Revington dapat memberikan komitmen dan semangat juang  yang tinggi apabila menentang pasukan India. Ini adalah tanggung jawab yang berat untuk Paul Revington kerana pasukan Malaysia masih lagi belum pernah memenangi Kejuaraan ini apabila hanya mampu menduduki tempat kedua sebanyak 3 kali (1985, 2007, 2009). 

No comments:

Post a Comment