Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Tuesday 12 March 2013

Faizal Penyelamat Malaysia


Anak buah Paul Revington sekali lagi menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila menghalang pasukan no 2 dunia Australia daripada memungut 3mata penuh. Jaringan Faizal hasil daripada pukulan sudut penalti 1minit sebelum habis masa perlawanan sudah cukup mengecewakan Australia.

Pemain Australia sepatutnya memenangi perlawanan ini kerana memperolehi 9 pukulan sudut penalti. Namun penjaga gol Malaysia S.Kumar bertindak cemerlang menyelamatkan gawang Malaysia daripada di bolosi.Sokongan padu daripada penyokong Malaysia, membantu sedikit sebanyak rentak permaianan pasukan kebangsaan.

Inilah yang dinamakan semangat Malaysia Boleh! Pujian patut di berikan kepada penjaga gol Malaysia kerana dia adalah pemain Man Of The Match pada malam ini.

Tahniah...

No comments:

Post a Comment