Wednesday, 20 March 2013
Velodrom Tertutup Pertama Di Malaysia : Bila?
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memohon kepada kerajaan agar projek pembinaan velodrom tertutup pertama di Malaysia dapat di percepatkan. Ianya sudah lama di umumkan oleh kerajaan sejak tahun 2009 lagi. Namun projek pembinaan velodrom ini masih lagi di peringkat bawahan bagi mengenal pasti lokasi yang bersesuaian.
Ianya sedikit menghampakan bagi peminat-peminat sukan berbasikal di negara ini. Projek yang diperuntukkan oleh kerajaan di bawah RMK-10 (2011-2015). Namun sudah tahun kedua didalam RMK-10, proses pembinaan velodrom kelihatan begitu perlahan. Bagi menyiapkan sebuah velodrom, sekurang-kurangnya memerlukan 18 bulan menurut Jawatankuasa Penyelaras Cadangan Membina Velodrom.
Gesaan untuk mempercepatkan pembinaan ini timbul selepas kejayaan atlet-atlet pelapis negara di Kejohanan Lumba Basikal Asia yang berlangsung di India baru-baru ini dengan meraih 7 emas 3 perak 6 gangsa. Aku sendiri sebagai peminat sukan tanah air juga begitu berharap kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap pembinaan velodrom ini sepenuhnya. Ianya pasti melempuhkan persediaan skuad negara bagi menghadapi Olimpik Rio 2016 sekiranya kerajaan gagal mempersiapkan velodrom ini. Janji mesti ditepati, majulah sukan untuk negara!
Berita pengumuman pembinaan velodrom tertutup pertama di Malaysia, sini.
Label:
basikal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment