Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Monday, 18 March 2013

10 000 langkah


Salam sejahtera semua. Post kali ni aku nak berkongsi sedikit tips-tips senaman mudah yang boleh kita amalkan. Bila sebut 10 000 langkah je, mesti sebahagian daripada rakyat Malaysia sudah pun mengetahuinya. So pada sesiapa yang tak tahu tu... rajin-rajinlah ambil tahu ye! Hihihi.... 




10 000 langkah adalah salah satu pogram tahunan yang di anjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ianya di adakan di seluruh daerah pada setiap tahun. Dengan 10 000 langkah sehari, sudah cukup senaman untuk fizikal kita seharian. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi. Mari kita lihat :-


  • Berjalan 10,000 langkah membantu membakar 300 hingga 350 Kalori
  • Berjalan dalam tempoh 60 minit dengan jarak sejauh 4.8 Km akan membakar sehingga 265 kalori = Sama dengan sekeping roti canai tu..
  • Berjalan kaki 1km = 1200 langkah
  • 10,000 Langkah = 7 hingga 8 km
  • 10,000 Langkah = Berenang tanpa henti selama 90 minit
  • 10,000 Langkah = Berbasikal selama 70 minit
  • 10,000 Langkah = Bermain bola sepak selama 90 minit


So, dengan hanya berjalan kaki kita dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain itu, dengan berjalan kaki juga kita dapat manfaat seperti berikut :-

  1. Dapat mencegah risiko darah tinggi dan strok ini disebabkan tekanan darah menjadi lebih terkawal bila kita menapak.
  2. Mengurangkan risiko sakit diabetes. Ini kerana bila kita berjalan keupayaan badan untuk memproses gula akan meningkat dengan lebih baik seterusnya akan membantu melancarkan aliran darah.
  3. Mengurangkan risiko sakit jantung, sebab masa kita berjalan kalori yang terbakar  dapat merendahkan paras kolesterol.
  4. Dapat mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan yang slim, berketak dan menarik.
  5. Dapat mengurangkan stress. Ini kerana bila kita berjalan ia dapat merangsang penghasilan hormon endorphin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. Selain sambil berjalan mencuci mata  pun membantu menghilangkan stress jugak.
  6. Otot badan dan tulang menjadi lebih kuat dan ini mengurangkan risiko osteoporosis. Tahu osteoporosis? Bukan fotosentesis yek! Osteoporosis ialah satu kondisi dimana tulang menjadi reput. Macam Ali Baba berkata kepada isterinya.. “Kanda ni bukan malas.. cuma tulang kanda ni dah reput” sambil memusing-musingkan pergelangan tangannya.. kriakk.. kriuk.. kriakk.. kriuk.. ekeke…
  7. Berjalan juga dapat mengimbangkan kestabilan tubuh terutama pada golongan warga emas. Tapi tak kan nak tunggu jadi warga emas baru nak mula kan?Itupun kalau sempat.
Bagi orang-orang yang penuh alasan untuk bersenam, bolehlah cuba tips-tips di bawah ini :-

  1. Meletakkan kereta jauh dari tempat yang dituju. Atau jalan kaki dari rumah ke pasaraya.
  2. Jangan manjakan diri dengan lif mahupun escalator.
  3. Sorokkan remote control tv dan sebagainya.
  4. Ringankan tulang untuk melibatkan kerja-kerja amal.
  5. Basuh kereta sendiri selama setahun. Kalau tak cukup, basuh kereta-kereta jiran anda.
  6. Rajin-rajin le bershopping. Ni kaum hawa memang suke.
Semoga tips ini dapat memberi serba sedikit kepada semua.Jika sesiapa yang nak berkongsikan tips, boleh la tinggalkan pesanan anda di bawah ni ye. Ingat pesan aku ni.. "Perut yang kempis, Isteri bahagia"
Selamat mencuba ~



1 comment:

  1. Casino Review - KTG
    With over 김천 출장안마 1600 slots, live casino, and 제주도 출장마사지 more, the chance to win real money 고양 출장마사지 at a safe, secure and rewarding casino can be 경기도 출장안마 exhilarating. It's all here 경산 출장샵

    ReplyDelete