Selamat Datang Ke Kakeysukan.blogspot.com

Thursday 21 March 2013

Piala Axiata 2013 Bermula

Kejohanan badminton yang manawarkan hadiah termahal didunia sebanyak USD1 juta akan bermula pada hari ini 21 Mac 2013. Pasukan Malaysia akan di barisi oleh Liew Daren dan Chong Wei Feng sebagai perseorangan lelaki, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong beregu lelaki, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying beregu campuran dan perseorangan wanita diwakili oleh Tee Jing Yi. Manakala Lim Yin Loo akan menjadi pemain simpanan bagi beregu campuran jika Liu Ying mengalami kecederaan yang sama.


7 pasukan  lain terdiri daripada juara bertahan Indonesia, Philipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Pilihan Asia Dan Pilihan Eropah. Dapatkah pasukan kita mengharungi pusingan awal ini dengan baik? Diharap pemain negara dapat memberikan prestasi yang cemerlang. Begitu juga jaguh beregu negara Koo dan Tan harap dapat memberikan keputusan yang cemerlang. Pasangan no 1 negara ini sering mendapat kritikan media dan juga peminat tanah air disebabkan prestasi yang membimbangkan sebelum ini. Adakah BAM akan memisahkan pasangan ini sekiranya gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang? Semoga pasukan Malaysia berjaya di kejohanan termahal didunia ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kejohanan ini, sila layari laman web Piala Axiata ini.


No comments:

Post a Comment